I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, July 6, 2009

RIP MICHAEL

Michael Jackson dilaporkan dikebumikan dalam satu upacara tertutup di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries, Hollywood ..
Pengebumian tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja dan berlangsung selepas berakhirnya upacara memperingati Raja Pop itu di Staples Center di sini.
Upacara peringatan tersebut, bermula pada 10 pagi Selasa (1 pagi Rabu waktu Malaysia), bagaimanapun dihadiri oleh satu senarai tetamu eksklusif terdiri daripada ahli keluarga serta tokoh kenamaan, dan turut disertai oleh 11,000 peminat yang dipilih secara rambang.
Bagaimanapun timbul spekulasi Jackson akan dikebumikan di Forest Lawn hanya buat sementara waktu dan mayatnya akan dibawa untuk disemadikan di Neverland Ranch selepas keluarganya mendapat kelulusan undang-undang.
Proses tersebut akan memakan masa lebih sebulan dan dipercayai mendapat sokongan abang Michael, Jermaine Jackson.
"Dia mencipta Neverland Ranch, mengapa dia tidak harus dikebumikan di situ. Saya dapat merasai kehadirannya," kata Jermaine.
Laporan juga menyebut keranda Jackson akan dikambus dengan konkrit untuk mencegah kuburnya daripada dirompak.
Beliau dikebumikan bersama-sama salah satu sarung tangannya yang bertatahkan berlian, menurut laporan. - Agensi

0 comments: