I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 22, 2009

Kenalpasti barangan diperbuat dari kulit babi (sumber: pakarhowto)

1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini ada 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK. Cuba belek dan perhatikan, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka memang sah, itu adalah kulit babi. Jadi, jangan gatal tangan main beli jer. Walaupun harganya mungkin jauh lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti ini ;
2.Harga barang kulit babi ni biasanya lebih murah dari barangan daripada kulit binatang lain.
3.Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.
4.Kawan saya kata, kalau kasut, kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kuilt babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Sambal Melano

SAMBAL MALANO ( sumber: Zainon Ariffin )

1 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili hidup
Sedikit belacan
Garam
Ikan bilis
Asam Jawa

Semua bahan ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.

( sedap dimakan bersama nasi panas )

Thursday, July 16, 2009

Israk Mikraj

Israk dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam Al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.
Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.
“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)
Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?.
“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .
Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi. Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.” Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril. Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman. Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.
Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.

Beristghfar Kepada Allah

Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat
dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita. Istighfar memiliki dua makna.

Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti
kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajipan ,agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.

Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal 'adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.

Subhanallah. Satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. Kerana itu tidak hairan hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar nampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan perbaikan,semakin bahagia, tenang,senang di dunia dan di akhirat. Kerana itu Rasulullah SAW bersabda,
"Barangsiapa yang melazimkan, mendambakan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezeki dari jalan yang tidak pernah ia duga."

Kemudian dalam Al Qur'an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman,
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu - sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun - nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai" .. (QS. Nuh:10-12)

Beristighfarlah kita kepada Allah, nescaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.

Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi kebiasaan kita. Kerana itulah Rasulullah SAW, beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadis lain 100 kali. Padahal dia ma'sum, dijamin masuk syurga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita yang banyak dosa.

Astagfirullahal 'adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami.... betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu.

Wednesday, July 15, 2009

Chocolate/Peanut Butter Drop Cookies

INGREDIENTS
• 1 1/4 cups all-purpose flour
• 2 (1 ounce) squares unsweetened chocolate, melted
• 1/2 cup white sugar
• 1/2 cup shortening
• 1 egg
• 1 teaspoon salt
• 1 teaspoon vanilla extract
• 1/2 cup packed brown sugar
• 1/4 cup peanut butter
• 2 tablespoons butter, softened
DIRECTIONS
1. Preheat oven to 325 degrees F. In large bowl, with mixer at medium speed, combine 1 cup flour and the next six ingredients until well mixed.
2. In small bowl, mix 3 tablespoons of flour and the remaining ingredients until well mixed (mixture will be crumbly).
3. Drop chocolate dough by teaspoonfuls, 1 inch apart, onto cookie sheet. Top each with 1/2 teaspoon of peanut-butter dough. Dip a fork into flour and press gently across top of each cookie.
4. Bake 12 minutes or until firm. Move cookies to racks; cool.

Botok Telur Masin

Telur Masin direbus

Intinya :

1. Bawang Merah }
Bawang Putih } Ditumbuk halus & tumis
2 batang serai }
2. 1 desertspoon Serbuk Kari Ikan Adabi
3. 2 @ 3 sudu Cili Kering yang diblend
4. Mumbu Kelapa
5. Asam Jawa + air & tapiskan
6. Garam & Gula
7. Daun kunyit

Friday, July 10, 2009

Rahsia di sebalik jenis darah

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

IKAN PERCIK

(sumber:hanieliza )

Bahan:
2 ekor ikan selar/kembung/bawal
2 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1/2 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan kunyit pada ikan.
2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga naik minya da pekat.
3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yg telah pekat tadi.
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Thursday, July 9, 2009

Renung-renungkan

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
============ ========= ========= ===
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG ------------ --------- --------- --------- --------- ---
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
------------ --------- --------- --------- --
Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

PEMINUM ARAK
------------ --------- ----
Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA
------------ --------- --------- -----
Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya menyelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.

AZAB BAGI YANG KEDEKUT
------------ --------- --------- --------- ----
Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG ------------ --------- ---
Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT
------------ ---------
Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

------------ --------- --------- --------- --------- ----
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Tuesday, July 7, 2009

Tribute to Michael Jackson

Michael's Favourite Song " SMILE "

My Favourite MJ's Song " BEN "

REST IN PEACE MJ..

Monday, July 6, 2009

Give Thanks to Allah

RIP MICHAEL

Michael Jackson dilaporkan dikebumikan dalam satu upacara tertutup di tanah perkuburan Forest Lawn Memorial-Parks & Mortuaries, Hollywood ..
Pengebumian tersebut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja dan berlangsung selepas berakhirnya upacara memperingati Raja Pop itu di Staples Center di sini.
Upacara peringatan tersebut, bermula pada 10 pagi Selasa (1 pagi Rabu waktu Malaysia), bagaimanapun dihadiri oleh satu senarai tetamu eksklusif terdiri daripada ahli keluarga serta tokoh kenamaan, dan turut disertai oleh 11,000 peminat yang dipilih secara rambang.
Bagaimanapun timbul spekulasi Jackson akan dikebumikan di Forest Lawn hanya buat sementara waktu dan mayatnya akan dibawa untuk disemadikan di Neverland Ranch selepas keluarganya mendapat kelulusan undang-undang.
Proses tersebut akan memakan masa lebih sebulan dan dipercayai mendapat sokongan abang Michael, Jermaine Jackson.
"Dia mencipta Neverland Ranch, mengapa dia tidak harus dikebumikan di situ. Saya dapat merasai kehadirannya," kata Jermaine.
Laporan juga menyebut keranda Jackson akan dikambus dengan konkrit untuk mencegah kuburnya daripada dirompak.
Beliau dikebumikan bersama-sama salah satu sarung tangannya yang bertatahkan berlian, menurut laporan. - Agensi

Friday, July 3, 2009

PETUA

Menghilangkan Kesan / Kerak Susu Dalam Botol
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya di dalam air panas, ini ada satu cara yang baik. Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang. Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. Insya’allah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.

Merangupkan Acar Mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Agar Getah Pisang Tidak Melekat Pada Tangan
Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan dengan garam. Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda.

Cara Elak Jag Kaca Pecah Kerana Minuman Panas
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut.

Agar Buah Epal Tidak Berubah Warna Setelah Dikupas
Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeningkan kepala anda ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa.

Table Manners

Pisau..garfu..sudu…
http://alkiram.net/salam & Rujukan http://myruz.blogspot.com/

Perkakas biasa yang kita temui ketika makan di luat terutama di restoran ternama atau eksklusif . Bagi yang tidak biasa mesti rasa binggung..Adakah pisau dipegang di tangan kiri atau kanan ? Jangan terkompius …kedua-dua belah pun betul (tp kalau dua-dua belah tu pisau..mmg la salah.). Kalau mengikut cara Amerika , tangan kanan memegang pisau untuk memotong dan tangan kiri memegang garfu untuk menyuap makanan. Kalau ikut tempat lain pula adalah sebaliknya. Tangan kiri untuk memotong dan kanan untuk menyuap. Sebenarnya tangan mana yang memegang tidaklah perlu anda risau..yang penting makanan dipotong kecil dan tidak terjatuh kebawah atau terbang..Pening terdapat byk sudu , garfu atas meja? Jgn panik untuk permulaan mulakan dengan yang paling hujung skali .Contohnya garfu untuk salah adalah yang paling kiri sekali dan untuk sup pula selalunya di letakan di paling kanan sekali. Jika anda perhatikan ada sudu dan garfu kecil atas meja, ianya adalah untuk dessert.
Adakah anda tahu etika persiapan makan??
Berikut adalah etika/rules makan dengan dengan sopan.
Rule 1
Bila makan di restoren exculisive, ketika memilih makanan dlm menu, lebih bijak anda bertnya mengenai makanan yg dicadangkan oleh pelayan jika anda kurang pasti dgn menu yg di berikan. Jgn sesekali memotong percakapan pelayan jika dia sedang menutarakan menu istimewa mereka. biarkan dia habis bercakap dahulu, baru mencelah. be a gentelman.. Jika anda mempunyai alahan, beritahu pelayan supaya makanan lain boleh dicadangkan.

Rule 2
Kain yang di letakkan di atas peha anda adalah untuk “menangkap makanan yang jatuh ketika anda makan. anda boleh gunakan kain ini untuk mengelap mulut anda jika comot. Jika anda ingin ke tandas, letak diatas kerusi dan tolak kerusi ke bawah meja. jka sudah habis makan, letakkan ia dia atas meja.
Rule 3
Ketika makan tidak kira di mana, duduk tegak, jangan membongkok Selain dari anda kelihatan lebih menarik, ia mengurangkan kemungkinan anda untuk tersedak.
Rule 4
Don’t ever-ever pegang sudu, garfu dan pisau seolah pendekar memegang keris. Bila bercakap, jangan pegang sudu dan menghayunkan untuk mengambarkan perasaan anda ketika itu. karang ada cebisan daging pada sudu or garfu terbang ke muka pasangan Anda

Rule 5
Ada sisa makanan tersangkut di celah gigi? Jangan korek dikhalayak orang ramai. pergi lah ke tandas untuk membuangnya. Jika desprate..tutup mulut anda ketika mencungkil sisa tersebut.
Rule 6
Ini rule yang paling penting tetapi ramai org lupa dan mengabaikanya walaupun ia merupakan aspek paling penting. Tutup mulut anda ketika mengunyah. Cuba untuk tidak bercakap ketika makanan masih didalam mulut walau sedikit. Ini akan mengelakkan makanan tersembur keluar dan mengelakkan anda tersedak yang seterusnya mengelakkan anda malu.
Rule 7
Meja makan adalah untuk makanan. elakkan dari meletakkan brangan lain atas meja. tidak kira gincu, dompet, hp
Rule 8
Jgn sesekali meletakkan siku atas meja. tangan sepatutnya berada diriba, bukan di atas meja. Bagi perempuan, jika perlu touch-up mekap, lakukan di bilik air.

FRIED KUE TIAU
Source : mamafami

Ingredients :

500 g fresh kue tiau
3 shallots ~ blended
2 garlics ~ blended
2 tablespoons chillie paste (more if you like it hot!)
2 tablespoons tomato sauce
2 tablespoons oyster sauce
enough water
1 tablespoon sugar
2 tablespoons soya sauce
Kerang
Bok choy
Bean sprout
Egg white ~ made into scrambled eggs
Cooking oil

Method :

1. Heat oil and add in the chillie paste. Fry till fragrant then add in blended shallots and garlics.
2. Add in tomato sauce and oyster sauce. Stir well.
3. Pour in water and add sugar and soya sauce.
4. Add in kerang and let it cook.
5. Add in the scrambled eggs.
6. Then the kue tiau followed by the vegetables.
7. Stir to mix and ready to serve.

Thursday, July 2, 2009

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah

Dari email ni (kelebihan dan pahala muazin dapat tu..!! masyaAllah)
alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik
pula melaungkan azan dimasjid2 maupun disurau2..Amin. Wasallam.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kita yang
lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang
melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu. begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'. Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah" yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah" semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbala'lamin.."

Wednesday, July 1, 2009

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha
kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....

Just For Fun

MUTHU & THE INTERVIEWER*

Interviewer: 'What is your birth date?'
Muthu : '13th October.'
Interviewer : 'Which year?'
Muthu : 'Every year.'
*****

*MUTHU & HIS MANAGER*

The Manager asked Muthu at an interview... .
'Can you spell a word that has more than 100 letters in it?'
Muthu replied: 'P-O-S-T-B-O- X.'
*****

*MUTHU & LONDON TRIP*
After returning from a foreign trip, Muthu asked his wife, 'Do I look like a foreigner?'
Wife: 'No! Why?'
Muthu : 'In London , a lady asked me, 'Are you a foreigner?'. .. that's why.'
Wife : ?????????
*****

*MUTHU & TOURIST*
A tourist from U.S.A. asked Muthu whether any great man was born in his village...
Muthu said , 'No sir, only babies were born here.'
*****

*MUTHU & HIS EXPERIMENT*
Muthu was doing an experiment with a cockroach. First he cut off one leg and told it to 'WALK! WALK!'
The cockroach walked. Then he cut off it's second leg and told the same.. The cockroach walked..
Then he cut off the third leg and did the same.
Finally, he cut off its fourth leg and ordered it walk!
But the cockroach didn't walk.
Suddenly, Muthu said loudly, 'I found it. If we cut a cockroach's four legs, it becomes deaf.'
*****

*MUTHU & DRIVER*
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted the mirror.
Muthu shouted, 'You are trying to see my wife, eh? Sit in the back. I will drive.'
*****

*MUTHU GOES TO HOTEL*
Muthu went into a hotel. To wash his hands, he went to the washbasin.
Then when he had finished, he started washing the basin.
Seeing this, the manager asked what was he doing.
Muthu pointed towards the signboard

'* WASH BASIN * '
*****

*MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART*
Interviewer : 'Just imagine you're in the 20th floor of a building and it's on fire. How will you escape?'
Muthu: 'It's simple.. I will just stop my imagination. '