I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 3, 2009

PETUA

Menghilangkan Kesan / Kerak Susu Dalam Botol
Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya di dalam air panas, ini ada satu cara yang baik. Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang. Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh, dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu. Insya’allah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas, kuman-kumannya pun mati.

Merangupkan Acar Mentimun
Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Agar Getah Pisang Tidak Melekat Pada Tangan
Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan dengan garam. Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda.

Cara Elak Jag Kaca Pecah Kerana Minuman Panas
Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag. Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu logam tersebut.

Agar Buah Epal Tidak Berubah Warna Setelah Dikupas
Setiap kali anda memotong buah epal untuk dihidangkan kepada tetamu atau kepada anak-anak suatu perkara yang sering memeningkan kepala anda ialah kelihatan epal tersebut yang bertukar warnanya menjadi ke coklat-coklatan. Ada satu cara untuk anda mengelakkan epal tadi supaya tidak bertukar warna sebaliknya menjadi lebih menarik untuk dihidangkan, caranya amat mudah sekali iaitu setiap kali selepas mengupas atau memotongnya anda rendamlah ia terlebih dahulu dalam air garam. Biarkan hirisan atau potongan epal ini terendam seketika sebelum diangkat untuk dihidangkan. Cubalah anda pasti tidak akan kecewa.

0 comments: