I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, June 25, 2009

Komen Wartawan Berita Harian & Album Sulung Hafiz



Petikan dari Berita Harian: (Jawablah! Selesa naik tanpa kontroversi)
Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Sebaik saja dinobatkan sebagai pemenang, aura pemenang dari Kuching, Sarawak ini tidak sehebat dua juara sebelumnya. Malah jika hendak dibandingkan dengan Mawi, ibarat jauh panggang dari api.
Tidak banyak cerita yang kita dengar mengenai Hafiz berbanding pemenang tempat kedua dan ketiga program itu iaitu Aril dan Hafiz yang khabarnya terbang ke Indonesia kerana mendapat tawaran dari syarikat produksi di sana ketika masih di dalam sangkar emas AF lagi.
Hip mendasari hati jejaka berambut kerinting ini untuk mengetahui apakah puncanya keadaan seperti ini berlaku dan apakah perancangannya bagi memastikan kariernya terus berjalan lancar dan mampu menempatkan dirinya sebaris dengan artis popular lain.


Petikan dari murai.com:( Album sulung Hafiz )
Berbalik kepada cerita Hafiz, selain lagu Masih Jelas, Hafiz juga khabarnya sudah merakamkan 4 lagi lagu ciptaan beberapa komposer handalan seperti M Nasir dan Ajai untuk album itu.
Murai Batu difahamkan, ia sebenarnya album yang istimewa kerana selain banyak lagu-lagu Hafiz dimuatkan, ia juga memuatkan lagu bonus single kesemua finalis AF7 iaitu lagu nyanyian Akim, Aril, Isma dan Yazid versi studio. Waa kira untunglah, beli album Hafiz dapat bonus lagu-lagu lain. Ia lebih menjimatkan atau ekonomik katakan.

Komen Makndor: Saya memang tak setuju jika album sulung Hafiz dimuatkan dengan lagu bonus finalis AF7 yang lain. Apa maknanya album sulung kalau kena share lagu orang lain? Satu lagi saya tak fahamlah dengan segala kritikan pendengar atau pun para wartawan yg boleh dikategorikan sebagai 'pekak telinga', kritikan yg bukan membina tapi lebih menjurus kepada membunuh industri muzik kita sendiri..kalau kita sendiri tidak memertabatkannya , siapa lagi? Memang setiap org berhak bersuara tapi biarlah manis didengar dan bukannya sumbang..'Buka'kan hati dan 'peka'kan telinga, bukannya butakan hati dan pekak kan telinga.

0 comments: