Trajedi semalam
Benar benar meruntuhkan segalanya
Berpijakkah aku di alam nyata?
Kadangkala aku begitu menyesali diriku
Yang begitu mengharap
Pergantungan yang aku sendiri
Tidak bersedia dan rela untuk melepaskannya
Dan pada trajedi semalam
Dapat kurasakan
Sebahagian dari riwayatku berlalu
Bayangkanlah
Mana mungkin aku lakukan segalanya
Sedangkan selama ini kau petunjuknya
Kau pelita dalam kegelapan
Dan pada trajedi semalam
Memaksa aku untuk mengenali
Apa itu perjuangan
Ia perit
Kadangkala menyiksakan
Sendirian menghadapi dugaan, rintangan dan kenyataan
Aku kini pengembara sepi
Masih keigauan, termanggu dalam kealpaan
Tentang apa itu kehidupan
Tapi aku juga tahu
Andai kata kau masih di sini
Untuk menyaksikan segalanya
Kau tak kan merelakan aku
Undur dan tunduk
Hanya kerana
Trajedi semalam.
( 020887/ 2145) ..untuk ayah
Friday, June 5, 2009
Trajedi Semalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment