I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 19, 2009

LAUNGAN KEMERDEKAAN

Sebagai anak bangsa yang cuba untuk menghayati erti kemerdekaan , yang termampu hanyalah luahan rasa :

LAUNGAN KEMERDEKAAN

Bangunlah anak
Dari lena tidurmu
Tidakkah kau mendengar
Laungan itu

Laungan yang sekian lama kita rindukan
Bangunlah anak
Jangan biarkan kuku besi itu
Mencengkam mewahnya
Bumi moyang kita ini
Bangunlah anak
Jangan biarkan mereka kembali
Mengatur langkah
Kerana setiap langkah itu
Perit bagi kita

Relakah engkau
Desa permai dicemari
Ikan di kolam ditubakan
Bangun dan sedarlah anak
Derita yang kita tanggung
Adalah kebahagiaan bagi mereka

Bangunlah anak
Bangun dan jadilah wira bangsa
Agar laungan kemerdekaan itu
Terus bergema di alam semesta.

( 040987/1055 )

0 comments: