I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 27, 2009

Swine Influenza

1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.


3. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

4. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.


5. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

6. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

7. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.

8. Ambil langkah-langkah berikut:

* Jika anda batuk atau bersin:
- Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
- Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
- Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
* Amalkan kebersihan diri.
Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk.
Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.
* Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
* Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi
memastikan anda tidak menjangkiti mereka.
* Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.

0 comments: