I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 10, 2009

Bulan Merdeka

52 tahun mengecapi kemerdekaaan, mungkin perkara biasa bagi generasi yang tidak payah melalui saat genting dan pancaroba memiliki kemerdekaan. Saban tahun ianya diraikan, yang bersemangat patriotik akan mengibarkan bendera tidak kurang yang melaungkan puisi yang boleh mengimbau kembali peristiwa bersejarah 31 Ogos 1957.

Namun bagi mereka yang pernah ada di saat laungan kemerdekaan bergema di Stadium Merdeka, klimak kepada peristiwa bersejarah tidak mungkin akan dilupakan, ketika dan saat yang dinantikan bermula pada tengah malam memasuki 31 Ogos 1957 dimana bendera Union Jack diturunkan dengan diiringi lagu "God Save The Queen" buat kali terakhir di Tanah Melayu. Perasaan gembira dan terharu di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur itu amat dirasakan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Penurunan bendera ini menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu sejak Francis Light menaikkan bendera Union Jack di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786. Bendera Union Jack yang diturunkan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan rasa penuh bangga.
Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh wakil Queen Elizabeth II Duke of Gloucester, Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald Mc Gillivray, sembilan Raja Melayu dan ribuan rakyat Persekutuan Tanah Melayu melafazkan " Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan merdeka" dan memekik "Merdeka!" berulang kali dengan disambut oleh rakyat di Stadium Merdeka.

Siapa yang mencipta bendera Malaysia?















Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.

0 comments: